Download Centre (eRevision)
Book of The Month
Modul Aktiviti Mesra Digital KSSR
Price WM - RM6.90 - 10.90
Price EM - RM7.50 - 11.90

Modul Aktiviti Mesra Digital KSSR


Bagi memenuhi keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Pentaksiran Pusat seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, siri Mesra Digital KSSR ini dirancang dan digubal agar menepati kehendak Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Pusat (PP) baik dari segi latihan mahupun penilaian yang disediakan. Malah siri ini bersifat Mesra PBD dengan menyediakan garisan bertebuk/gunting bagi memudahkan urusan pemfailan bahan eviden. Selain itu, kandungannya dibina berdasarkan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), buku teks, format pentaksiran, dan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

 

Elemen-elemen ini digabungjalinkan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), i-THINK, Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian, Matematik (STEAM); Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21); Modul Pendidikan Sivik; Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya; nota dan praktis bagi memastikan murid dapat menguasai silibus dan pelajaran. Persembahannya pula diolah secara integrasi untuk memudahkan murid memahami kesemua elemen yang diterapkan dalam siri ini.

 

Siri ini turut dilengkapi dengan elemen Mesra Digital dan Mesra Google Classroom seperti video tutorial, video, pautan digital, praktis digital, praktis ekstra digital, audio, interaktif 3D, dan sebagainya yang bersesuaian dengan transformasi pendidikan seperti yang termaktub dalam PPPM 2013-2025. Dengan persembahan Mesra PBD, Mesra Google Classroom, Mesra Digital serta pendekatan secara dinamik, holistik, inovatif, dan kreatif ini, siri Mesra Digital KSSR diharapkan dapat melahirkan murid yang dapat menguasai pelajaran dan kemahiran tanpa bergantung pada elemen konvensional semata-mata.


Sample Page
Modul Aktiviti Mesra Digital KSSR
Modul Aktiviti Mesra Digital KSSR
Modul Aktiviti Mesra Digital KSSR

Other Books of the Month