Download Centre (eRevision)
Best Sellers
Gerak Gempur PdPR SPM

Gerak Gempur PdPR SPM


Siri Gerak Gempur PdPR SPM ini diterbitkan mengikut topik dan aspek peperiksaan berdasarkan Format Pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2021 yang menggantikan format pentaksiran yang diguna pakai sebelum ini. Format baharu ini merangkum Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dalam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Sehubungan dengan itu, siri Gerak Gempur PdPR SPM ini diterbitkan khusus untuk membantu murid membuat persediaan awal dan sewajarnya bagi memahami format soalan, standard soalan, keperluan soalan SPM, serta melakukan latih tubi sebelum menghadapi SPM yang sebenarnya.

 

Setiap soalan dalam buku ini diolah dengan merujuk kepada Format Pentaksiran SPM dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) serta guru-guru pakar peringkat SPM. Setiap topik buku ini memuatkan soalan yang mengikut format, standard soalan, standard jawapan, serta liputan kandungan yang memenuhi keperluan terkini.


Sample Page
Gerak Gempur PdPR SPM
Gerak Gempur PdPR SPM
Gerak Gempur PdPR SPM

Other Best Sellers