

Karnival Siang Malam Karangkraf
Fri, 25 Jul 2025Karangkraf mengalu-alukan penyertaan syarikat korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta usahawan tempatan untuk menjalinkan kerjasama sebagai penaja utama, penaja bersama atau penyewa reruai sempena penganjuran Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai ini.
Penganjuran acara berskala besar itu dijadualkan berlangsung di perkarangan Kompleks Karangkraf di sini dan dijangka menarik lebih 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari karnival berlangsung.